Program gotong-royong ini telah mendapat kerjasama daripada :
- Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang yang telah melakukan semburan longkang tersumbat di kawasan perumahan
- Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) membekalkan lori tangki air.
- Syarikat Alam Flora yang menyediakan beberapa pekerja dan lori sampah.
- Majlis Perbandaran Selayang telah mengedarkan Abate untuk menghalang nyamuk Aedes daripada membiak.
Antara aktiviti utama gotong-royong pada hari tersebut adalah:
- Semburan nyamuk (foging) kawasan longkang dan semak
- Semburan lipas dalam manhole dan keliling rumah
- Mencantas dahan pokok yang tidak terurus
- Menebas dan meracun rumput dan lalang kawasan rumah kosong
- Membersih longkang yang tersumbat yang tidak diselenggara
- Membersih kawasan permainan kanak-kanak
Program ini dianjurkan untuk menerapkan budaya cara hidup yang sihat dan menjaga kebersihan kawasan perumahan kita. Pihak persatuan penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk PPIHB6 yang sama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut dan tak lupa juga kepada dermawan2 yang sanggup menghulur peralatan dan minuman, pelbagai kuih-muih dan sarapan pagi pada hari tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan