Pihak persatuan (PPIHB6) menjemput tuan/puan menyertai Program Ibadah Korban bagi tahun 2010M/1431H. Matlamat program ini adalah bagi memuliakan dan meraikan Aidil Adha disamping mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhwah dikalangan warga PPIHB6.
Kepada seluruh penduduk PPIHB6 yang tidak dapat untuk meyertai program ini, adalah dijemput untuk turut serta dalam aktiviti menyembelih dan melapah lembu korban serta mendapatkan agihan daging korban pada hari tersebut. Butiran program tersebut adalah seperti berikut :
- Tarikh : 17 November 2010M / 10 Zulhijjah 1431H (Rabu)
- Masa : 10:00 pagi hingga 12.00 tengahari
- Tempat : Pusat Komuniti PPIHB6 No 12, Jalan 6/32A Bandar Tasik Puteri
- Yuran Penyertaan : Untuk satu bahagian lembu berharga RM 360.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan