Isnin, Mei 24, 2010

Liputan Pertandingan Persahabatan Futsal

Pada 15hb Mei 2010, berlangsung perlawanan persahabatan Futsal diantara penduduk Dahlia dengan gabungan penduduk Primula dan Julian yang dijalankan di Dewan NPNG, Taman Desa Aman, Sg. Buloh.
Program dan aktiviti sebegini amatlah digalakkan bagi menyatu dan merapatkan perhubungan kejiranan diantara penduduk.
Penglibatan dan semangat pemain-pemain yang ditunjukkan amatlah membanggakan.
Disini juga kita dapat lihat bakat-bakat yang besar dalam permainan bolasepak.
Perlawanan persahabatan ini dimenangi oleh pasukan gabungan Primula dan Julian. Jutaan terima kasih kepada kedua-dua pasukan kerana menunjukkan semangat dan komitmen yang amat memberangsangkan dalam menjayakan program dan aktiviti ini. Tahniah juga diucapkan pada pasukan Primula/Julian diatas kemenangan dalam perlawanan ini dengan jaringan 17 – 8.
Diharap program-program dan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini dapat dirancang dan dijalankan serta mendapat kerjasama dan komitmen yang menyeluruh dari penduduk Blok 6 BTP. Tidak rugi kita kerana sepakat kerana bermasyarakat membawa berkat. Majulah sukan untuk semua.

BIRO SUKAN DAN REKREASI PPIHB6
Anuar Nor Ariffin

Galeri Foto
 

1 ulasan:

  1. Bila lagi nak buat aktiviti nie...geram dah nie..lama tak tampar...bola

    BalasPadam