Isnin, Mei 31, 2010

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil Dan Doa Selamat


Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana pada 29 Mei 2010 majlis bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Sungguhpun dalam keadaan cuaca yang hujan lebat namun sambutan dari seluruh penduduk amatlah menggalakkan. Jumlah kehadiran adalah seramai 50 orang termasuk kaum wanita. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dan penduduk yang hadir.

Majlis dimulakan tepat pada pukul 07:25 malam dengan azan Maghrib, disusuli dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Tuan Hj.  Ahmad Tarmizi  bin Mad Daud (Ketua Biro Kebajikan). Majlis seterusnya dipimpin oleh Ustaz Halim bin Ya utuk bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat.
Selesainya majlis doa selamat tersebut, satu majlis dialog bersama penduduk berlansung selama 30 minit sebelum disambung dengan Solat Isya' berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Faizal bin Anuar. Beberapa pandangan dan cadangan dikemukan oleh penduduk untuk memantapkan lagi perjalanan persatuan. Antara cadangan yang dibincangkan adalah

  1. Program Khairat Kematian yang akan dikendalikan bersama oleh pihak persatuan dan surau As-Sidiqin
  2. Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat akan diadakan setiap bulan di pusat komuniti.
  3. Kursus Pengurusan Jenazah akan dilaksanakan sebelum menjelang Ramadhan
  4. Majlis Tadarus Al-Quran Sepanjang Bulan Ramadhan.

Majlis penutup diakhiri dengan jamuan ringkas yang disediakan oleh penduduk sendiri secara pot luck dan berakhir jam 10:00 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan