Selasa, Jun 22, 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ISLAM (LELAKI)

Assalamu’alaikum w.b.t. Pihak persatuan (PPIHB6) akan mengadakan kursus pengurusan jenazah islam (lelaki). Matlamat kursus pada kali ini adalah bagi membina kemahiran, mengaplikasikan diri dan bekerjasama dalam mengerjakan fardu kifayah serta bersedia menghadapi situasi seperi ini pada bila-bila masa. Disamping dapat melahirkan penduduk yang menghayati Islam setiap masa dan adab-adab dalam kegiatan harian.
Butiran kursus tersebut adalah seperti berikut :
  • Tarikh : 10 Julai 2010M / 28 Rejab 1431H (Sabtu)
  • Masa : 08:00 pagi hingga 12.00 tengahari
  • Fasilitator : Ustaz Haryanto Rizal Bin Lokman
  • Tempat : Pusat Komuniti PPIHB6, No 12, Jalan 6/32A, Bandar Tasik Puteri
  • Yuran : RM 15.00 sahaja (termasuk handout, CD, jamuan ringan)
Borang penyertaan akan dihantar kerumah masing-masing dan hendaklah diserahkan kepada pihak persatuan sebelum 05 Julai 2010 melalui wakil zon masing-masing. Tempahan awal juga boleh dibuat melalui email kepada ppihb6@gmail.com. Tempat adalah terhad dan keutamaan akan diberikan kepada peserta yang mendaftar lebih awal. Besar harapan kami agar anda menyokong usaha ini ke arah membentuk generasi yang memahami dan menghayati Islam dalam pelbagai konteks. Untuk maklumat lanjut berkenaan kursus ini, sila hubungi Ustaz Mohamad Faizal bin Anuar di talian 012-6108474.
ATURCARA MAJLIS
  • 08:00 pagi : Pendaftaran
  • 08:30 : Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat
  • 09:00 : Majlis dialog bersama penduduk (isu semasa) dan Penerangan Khairat Kematian
  • 10:00 : Kursus Pengurusan Jenazah Islam (Lelaki)
  • 12:00 tengahari : Jamuan ringan dan bersurai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan