Selasa, Julai 13, 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ISLAM (LELAKI)

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana Kursus Pengurusan Jenazah Islam (Lelaki) dapat dilaksanakan pada 10 Julai 2010M / 28 Rejab 1431H. Program bermula jam 09:00 pagi dialog bersama penduduk bagi  membincangkan penubuhan Khairat Kematian khusus untuk penduduk Blok6. Keputusan sepakat dicapai dimana Yuran Tahunan adalah RM 30.00. Pihak persatuan akan mengedarkan borang penyertaan khairat kematian ini kepada seluruh penduduk secepat yang mungkin. Borang penyertaan yang telah dilengkapkan perlu di kembalikan kepada pihak persatuan selewatnya pada 25 Julai 2010. Sila klik disini untuk mendapatkan borang penyertaan.

Peserta kursus berhenti rehat sambil menikmati juadah minuman pagi yang disediakan pada jam 10:00 pagi. Setelah ketibaan yang mulia Ustaz Haryanto, program kursus jenazah diteruskan pada jam 10:30 pagi. Modul Kursus Jenazah kali ini adalah lebih menarik kerana ianya menekankan kepada teori dan amali, dimana semua peserta didedahkan kepada proses pengurusan jenazah yang lebih realistik.

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan kepada yang mulia Ustaz Heryanto, model-model jenazah, adik Hilal Iqmal Mohd Anasid, saudara Abdul Fatah Abdul Halim, saudara Abdul Mutalib Hassan dan saudara Ahmad Azrai Ahmad, seterusnya kepada semua peserta yang hadir.

Video Clip

Tiada ulasan:

Catat Ulasan