Jumaat, Julai 30, 2010

Gotong-royong Perdana 2010

Pihak PPIHB6 telah menganjurkan satu program Gotong-Royong Perdana Dah Cegah Denggi pada butiran berikut 25 Julai 2010, bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Tumpuan kawasan adalah sekitar kawasan perumahan PPIHB6. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi PPIHB6, En Zainal Azaman.

Program gotong-royong ini telah mendapat kerjasama daripada :
  • Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang yang telah melakukan semburan longkang tersumbat di kawasan perumahan
  • Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) membekalkan lori tangki air.
  • Syarikat Alam Flora yang menyediakan beberapa pekerja dan lori sampah.
  • Majlis Perbandaran Selayang telah mengedarkan Abate untuk menghalang nyamuk Aedes daripada membiak.
Antara aktiviti utama gotong-royong pada hari tersebut adalah:
  • Semburan nyamuk (foging) kawasan longkang dan semak
  • Semburan lipas dalam manhole dan keliling rumah
  • Mencantas dahan pokok yang tidak terurus
  • Menebas dan meracun rumput dan lalang kawasan rumah kosong
  • Membersih longkang yang tersumbat yang tidak diselenggara
  • Membersih kawasan permainan kanak-kanak
Program ini dianjurkan untuk menerapkan budaya cara hidup yang sihat dan menjaga kebersihan kawasan perumahan kita. Pihak persatuan penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk PPIHB6 yang sama-sama menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut dan tak lupa juga kepada dermawan2 yang sanggup menghulur peralatan dan minuman, pelbagai kuih-muih dan sarapan pagi pada hari tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan