Sabtu, September 18, 2010

Majlis Berbuka Puasa 2010

Pihak Persatuan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada 11hb. September 2010 bertempat di Pusat Komuniti PPIHB6. Majlis bermula pada jam 6:30 malam dengan kehadiran penduduk disertai dengan kaum keluarga masing-masing. Anggaran kehadiran adalah seramai 150 orang. Majlis didahului oleh kata-kata aluan dari Tuan Pengerusi En. Zainal Azaman dan bacaan doa berbuka puasa serta doa selamat pula telah disampaikan oleh Ustaz Faizal.

Seterusnya para hadirin dijemput menikmati juadah yang telah disediakan oleh pihak persatuan. Majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh saudara Zamri. Majlis juga turut diselangi dengan persembahan bungapi yang telah disumbangkan oleh pelbagai pihak.

Majlis berakhir sekitar jam 09:30 malam. Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa majlis berbuka puasa, kaum ibubapa serta semua penduduk yang terlibat dalam menjayakan majlis dan bertungkus-lumus menyediakan persiapan sejak seawal pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan